← Back to list
MAPIM Selar Hasrat Trump!
Feb 05, 2025
Amerika umumkan mahu ambil alih Gaza atas alasan mahu membangunkan semula wilayah Palestin itu.
Presidennya, Donald Trump juga mencadangkan penduduk Gaza berhijrah dan menetap secara kekal di negara-negara jiran.
Hamas pula menegaskan cadangan Trump itu sebagai cubaan mengusir rakyat Palestin dari tanah air mereka.
Sementara itu Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bersama semua pertubuhan Islam di negara ini kecam sekeras-kerasnya kenyataan Trump.
Menurut MAPIM, ia merupakan serangan langsung terhadap kedaulatan Palestin, undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia.
Tegasnya, dunia tidak wajar berdiam diri terhadap cita-cita penjajahan terang-terangan seperti itu yang menyerupai penindasan dan penjajahan yang pernah dilakukan kuasa-kuasa besar.
---
Hukuman rotan terhadap murid hanya boleh dilaksanakan oleh guru besar atau guru yang diberikan kuasa!
Jelas Kementerian Pendidikan (KPM), ibu bapa atau orang awam tiada kuasa untuk ambil tindakan fizikal terhadap murid yang melakukan kesalahan termasuk rotan.
Hukuman rotan juga tidak boleh dilaksanakan di khalayak ramai atau di tapak perhimpunan sekolah seperti yang termaktub dalam peruntukan sedia ada.
Ia susulan ada Ahli Parlimen bertanya adakah KPM bersedia membenarkan waris pelajar yang dibuli, merotan murid yang membuli pada perhimpunan di sekolah.
---
Polis Kelantan menasihatkan orang ramai yang berkunjung ke Selatan Thailand lebih berhati-hati.
Menurutnya orang ramai yang berkunjung ke sana perlu ambil tahu perkembangan semasa bagi elak kejadian tidak diingini.
Mei tahun lalu, 2 rakyat Malaysia cedera ekoran jadi mangsa pengeboman di wilayah Thailand itu.
---
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) berhasrat melaksanakan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK).
Ia akan ditadbir PERKSO bagi memberi perlindungan 24 jam kepada pekerja yang layak.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather