← Back to list
PBB Kecam Cadangan Trump Ambil Alih Gaza
Feb 06, 2025
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menolak sebarang bentuk pembersihan etnik!
Pihaknya tegaskan pemindahan paksa dari wilayah yang diduduki adalah dilarang dan tidak bermoral.
PBB berkata demikian susulan rancangan Donald Trump untuk mengambil alih Gaza dan mencadangkan pemindahan paksa rakyat Palestin ke negara jiran.
Sementara itu, China turut menolak cadangan Trump dan tegaskan prinsip "rakyat Palestin mentadbir Palestin" harus menjadi asas pentadbiran pascaperang di Gaza.
.....
JPJ sita sebuah motosikal yang sudah 23 tahun tidak perbaharui cukai jalan dalam operasi penguatkuasaan di Ipoh, Perak.
Pihaknya berkata pemilik motosikal itu mendakwa dia hanya menunggang kenderaan terbabit di kawasan perumahan dan bukannya di jalan utama.
.....
Kira-kira 1,500 pegawai dan anggota polis akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam Selasa depan.
Sementara itu, ikuti media sosial Astro Radio Trafik untuk mengetahui perkembangan semasa trafik pada hari sambutan Thaipusam.
.....
Kementerian Pendidikan laksanakan pengesanan awal pelajar Tingkatan 4 yang berisiko tercicir untuk pastikan mereka menduduki SPM 2025.
.....
Lebih 44 ribu penjawat awam didapati berisiko tinggi mengalami isu kesihatan mental menerusi saringan Sistem Profiling Digital Kesihatan Psikologi Perkhidmatan Awam.
.....
Dan SPRM akan ambil keterangan tiga selebriti hari ini bagi bantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikesan menerusi Op Sky.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather