← Back to list
Tiada Rakyat Malaysia Terlibat Dalam Siri Tembakan Di Brussels
Feb 08, 2025
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam siri insiden tembakan di Brussels, Belgium baru-baru ini.
Wisma Putra berkata rakyat Malaysia yang berada di Belgium perlu sentiasa berwaspada dan patuh arahan pihak berkuasa tempatan.
Terdahulu, media melaporkan insiden tembakan di beberapa lokasi di Brussels yang mengakibatkan seorang maut dan tiga cedera setakat ini.
.....
Lebih 20 jalan di sekitar Kuala Lumpur akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat bermula 9 malam esok.
Polis berkata penutupan dan lencongan itu adalah untuk beri laluan kepada perarakan pedati sempena Thaipusam pada Selasa ini.
Orang ramai diingatkan untuk rancang perjalanan terlebih dahulu dan ikuti media sosial Astro Radio Trafik untuk perkembangan semasa trafik.
.....
Kira-kira 7,100 mangsa banjir direkodkan di Sarawak ketika ini dengan lebih 20 Pusat Pemindahan Sementara dibuka di 5 daerah.
Manakala di Sabah, lebih 600 mangsa masih berlindung di PPS.
.....
Di Shah Alam, dua warga emas terpaksa menanggung kerugian lebih 5 juta ringgit selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud di Facebook.
.....
Dan sebuah pesawat yang membawa 10 orang dilaporkan hilang dalam kejadian di Alaska pada Khamis lalu.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather