← Back to list
Keselamatan Orang Ramai Keutamaan Polis – KPN
Feb 10, 2025
Keselamatan Orang Ramai Keutamaan Polis – KPN
Ketua Polis Negara beri jaminan keselamatan orang ramai sentiasa menjadi keutamaan pihaknya.
Jelas beliau, pihak polis tingkatkan kawalan keselamatan di pusat beli-belah dan lokasi tumpuan umum di seluruh negara susulan kes tembakan di sebuah pusat beli belah di Setia Alam, Sabtu lalu.
Tambah Tan Sri Razarudin Husain, anggota polis bantuan dan pengawal keselamatan turut diminta berwaspada terhadap sebarang aktiviti mencurigakan.
Ketika ini, usaha memburu suspek masih giat dijalankan dan polis percaya suspek masih berada di sekitar Selangor.
Siasatan awal polis mendapati suspek melepaskan tembakan itu dipercayai gara-gara berang ditegur oleh pekerja pembersihan supaya alihkan barang yang diletakkan di kawasan kejadian.
Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Komunikasi ingatkan orang ramai supaya dapatkan maklumat terkini berkaitan insiden tembakan tersebut melalui media rasmi dan polis sahaja bagi elak kegusaran awam.
Lebih 170 pasar raya terbabit PJRM Back to School 2025
Lebih 170 pasar raya, pusat beli-belah serta kedai pakaian terbabit dalam pelaksanaan Program Jualan Rahmah Madani, PJRM Back to School 2025.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berkata ia bagi bantu mengurangkan beban ibu bapa dalam menyediakan barangan kelengkapan sekolah anak-anak.
Tambah Datuk Armizan Mohd Ali, pengguna boleh dapatkan barang kelengkapan persekolahan dengan diskaun hingga 30 peratus lebih murah berbanding harga pasaran semasa.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather