← Back to list
Tiada Kompromi Terhadap Kenyataan Gugat Keharmonian
Feb 16, 2025
Semua pihak diminta tidak mempolemikkan penganjuran Majlis Jalinan Muhibbah Madani sempena Tahun Baru Cina, hari ini.
Menurut JAKIM, ini kerana ia boleh jejas usaha pengukuhan perpaduan antara kaum.
Program anjuran JAKIM itu diadakan setiap tahun dengan kerjasama pelbagai pertubuhan dan NGO antaranya PERKIM dan JAIS.
Ia bertujuan menyantuni masyarakat yang sambut Tahun Baru Cina serta perkukuh perpaduan masyarakat majmuk.
---
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh gugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima.
Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, rakyat Malaysia perlu sentiasa jaga keharmonian termasuk tidak buat kenyataan atau tindakan yang boleh guris hati mana-mana pihak.
Ia sebagai respons kepada satu rakaman video tular mengenai tindakan seorang penjaja yang didakwa letak makluman berbaur perkauman pada jualannya.
---
Isu penyalahgunaan dadah di negara ini semakin membimbangkan dengan trend menaik setiap tahun sejak 2022.
Menurut Kementerian Dalam Negeri, hampir 200,000 individu terlibat penyalahgunaan dadah tahun lalu, 61 peratus berusia antara 15 hingga 39 tahun.
Kelantan berada dalam senarai teratas kadar penyalahgunaan dadah diikuti Terengganu, Perlis dan Kedah.
Untuk daerah pula, Pendang di Kedah jadi daerah yang catat kes tertinggi diikuti Kuala Krai dan Bachok di Kelantan.
Justeru beberapa langkah penguatkuasaan bagi kekang penyeludupan dadah telah dijalankan termasuk pengukuhan kawalan sempadan seperti di Sungai Golok, Kelantan.
---
4 anggota polis cedera dilibas parang ketika cuba berkas seorang lelaki mengamuk dalam kejadian di Sungai Petani, Kedah.
Suspek seorang pesakit mental dilapor meninggal dunia semasa menerima rawatan di hospital.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather