← Back to list
Kantin sekolah beroperasi seperti biasa sepanjang Ramadan - KPM
Feb 17, 2025
Kantin sekolah akan beroperasi seperti biasa sepanjang bulan Ramadan tahun ini.
Justeru Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memohon semua pihak merujuk dan mematuhi garis panduan yang diterbitkan kementeriannya.
Ramadan bakal disambut selepas hampir dua minggu sesi persekolahan bermula bagi tahun ini.
__
Sementara itu, Kementerian Pendidikan minta pihak sekolah patuhi garis panduan ditetapkan bagi hadapi cuaca panas dalam tempoh peralihan monsun yang dijangka bermula bulan ini.
MetMalaysia ramalkan cuaca panas dan kering di kebanyakan tempat terutamanya kawasan utara Semenanjung termasuk Perak dan Pahang serta Kelantan mulai bulan ini hingga Mei.
__
Dan, Menteri Pengangkutan maklumkan piawaian pemasangan kabel dan soket pengecas telefon dalam bas ekspres dijangka akan disiapkan seawal bulan April ini.
Terdahulu, seorang remaja meninggal dunia ketika mengecas telefonnya pada soket di dalam sebuah bas ekspres.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather