← Back to list
Suspek Kes Tembak Setia Alam Maut Ditembak
Feb 18, 2025
Suspek kes tembak di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam awal bulan ini maut ditembak.
Ketua Polis Selangor berkata suspek berkenaan terbunuh dalam kejadian berbalas tembakan dalam satu operasi di Pulau Ketam awal pagi tadi.
Bagaimanapun pihaknya masih belum dapat mengesahkan sama ada suspek bersembunyi di pulau itu atau ingin melarikan diri ke luar negara ketika kejadian.
Dalam pada itu, polis turut menemui 2 pucuk senjata api berisi peluru bersama dengan suspek yang miliki 9 rekod jenayah lampau itu.
.....
Kementerian Pendidikan maklumkan ada perubahan bagi sesi persekolahan waktu petang sepanjang Ramadan bulan depan.
Jelasnya sesi persekolahan di Semenanjung akan tamat pada jam 5.30 petang manakala bagi Sabah, Sarawak dan Labuan pula akan tamat pada jam 5 petang.
Tambahnya bagi sesi pagi pula, waktu persekolahan adalah seperti biasa.
Kementerian Pendidikan tegaskan waktu persekolahan sesi pagi sepanjang Ramadan adalah seperti biasa dan orang ramai diminta rujuk maklumat rasmi kementerian untuk elak kekeliruan.
.....
Ketua SPRM berpendapat pemberi maklumat yang terlibat dengan kes rasuah tidak perlu diberikan perlindungan dalam pindaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.
Beliau tegaskan perkara itu perlu dikekalkan kerana di bawah Akta SPRM dan undang-undang lain, pemberi dan penerima rasuah adalah bersalah.
.....
Kementerian Komunikasi ingatkan pengguna media sosial supaya berpada-pada dalam kemukakan pendapat melibatkan kaum di media sosial.
Pihaknya berkata demikian ekoran isu membabitkan seorang penjaja jagung di Sepang yang viral baru-baru ini.
.....
Dan bekalan air dari Loji Rawatan Air Bukit Temoh, Perak yang terjejas sejak dua minggu lalu, kembali pulih kepada semua pengguna.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather