← Back to list
Jangan klik pautan palsu berkaitan STR - Fahmi
Apr 20, 2025
Orang ramai diingatkan agar tidak mudah terperdaya dengan mesej palsu berkaitan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah yang tersebar menerusi aplikasi WhatsApp.
Menteri Komunikasi berkata mesej mengandungi pautan tidak sahih itu berpotensi digunakan oleh atau scammer untuk mencuri akses pengguna.
Datuk Fahmi Fadzil turut menasihati orang ramai supaya merujuk laman sesawang rasmi kementerian berkaitan bagi mendapatkan maklumat sahih mengenai sebarang bentuk bantuan kerajaan.
__
Tiada perubahan terhadap syarat visa atau dasar imigresen kepada warganegara Malaysia yang melancong atau menetap di Amerika Syarikat.
Wisma Putra berkata biarpun terdapat laporan baru-baru ini mengenai perkembangan berkaitan imigresen di AS namun ia bukan ditujukan kepada rakyat Malaysia setakat ini.
Pihaknya juga akan terus memantau rapi keadaan dan akan memaklumkan sebarang perubahan yang memberi kesan kepada rakyat Malaysia.
__
Kerajaan sedang pertimbang untuk mengubah undang-undang sedia ada bagi meningkatkan kecekapan menangani penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata pihaknya akan mengadakan sesi perbincangan intensif dengan pihak berkaitan.
Ia berikutan kes penyebaran gambar lucah pelajar wanita yang disunting dan dijual di media sosial di Johor, baru-baru ini.
__
Dan, pasangan panda gergasi Fu Wa dan Feng Yi yang ditempatkan di Pusat Konservasi Giant Panda Zoo Negara sejak 2014 akan dihantar pulang ke China, bulan depan.
Ia susulan perjanjian yang membolehkan Malaysia menerima pasangan panda gergasi baharu bagi tempoh 10 tahun bermula tahun ini hingga 2035.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather