← Back to list
KKM Sambut Baik Langkah Beberapa Negeri Berkaitan Vape
Apr 27, 2025
Kementerian Kesihatan sambut baik langkah beberapa negeri mengharamkan penjualam dan penggunaan vape demi menjaga kesihatan dan kesejahteraan rakyat.
Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, ia memandangkan kerajaan negeri mempunyai kuasa penuh berkaitan perkara itu.
Terengganu merupakan antara negeri yang ambil keputusan tersebut.
---
Barisan Nasional berjaya mempertahankan kerusi DUN Ayer Kuning.
Calonnya Dr Mohamad Yusri Bakir menang PRK kawasan itu dengan majoriti kira-kira 5,000 undi.
Beliau raih lebih 11,000 undi menewaskan pencabarnya dari Perikatan Nasional dan Parti Sosialis Malaysia.
PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian penyandangnya pada Februari lalu.
---
Tabung Haji menasihatkan rakyat Malaysia yang menunaikan haji tahun ini supaya bersiap sedia hadapi cuaca panas.
Ia memandangkan suhu di Madinah dijangka mencecah 45 darjah Celsius dengan suhu harian kini antara 38 hingga 40 darjah Celsius.
Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia musim ini dijangka tiba di Madinah lusa.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather