← Back to list
Kerajaan Tidak Rancang Tubuh Undang-Undang AI
May 04, 2025
Kerajaan Tidak Rancang Tubuh Undang-Undang AI
Tiada perancangan setakat ini untuk mewujudkan undang-undang khas berkaitan penyalahgunaan AI.
Namun menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Garis Panduan Tadbir Urus dan Etika AI telah dijadikan rujukan bagi mengawal selia penggunaan teknologi tersebut.
Tambahnya buat masa ini masih ada undang-undang sedia ada boleh diguna pakai seperti Akta Komunikasi dan Multimedia serta Kanun Keseksaan.
Ia susulan dakwaan bahawa scammer atau penipu ambil kesempatan daripada perkembangan teknologi AI dengan mengaut keuntungan berlipat ganda guna pelbagai taktik terkini.
Rampasan produk ubat tidak sah meningkat
Rampasan produk ubat-ubatan, kosmetik dan bahan mentah tidak sah oleh Kementerian Kesihatan meningkat tahun lepas.
Menurut KKM, nilai rampasan bagi tahun lepas lebih 37 juta ringgit, meningkat berbanding kira[1]kira 24 juta ringgit tahun sebelumnya.
Justeru, orang ramai dinasihatkan agar semak dahulu sebelum beli ubat-ubatan kerana pengambilan ubatan tidak sah boleh mendatangkan risiko kerosakan organ utama dalam jangka masa panjang.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather