← Back to list
InDrive & Maxim diarah henti operasi mulai 24 Julai - Loke
May 09, 2025
Dua aplikasi e-hailing dari Russia iaitu InDrive dan Maxim diarah menghentikan operasi berkuat kuasa 24 Julai depan.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata APAD sudah menghantar surat memberhentikan operasi kepada dua aplikasi e-hailing itu baru-baru ini.
Kedua-dua platform e-hailing itu didapati terus menawarkan perkhidmatan tanpa mematuhi peraturan di bawah akta sedia ada.
Ia termasuk tidak memastikan pemandu mereka memiliki lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam yang sah, seperti diwajibkan undang-undang Malaysia.
Terdahulu, Persatuan Penghantar P-hailing Malaysia menggesa kerajaan menjalankan penguatkuasaan tegas termasuk menyekat akses platform berkenaan.
__
Sementara itu, KTMB menyediakan lebih 10,000 tiket tren ETS tambahan sempena Hari Raya Aidiladha dan cuti sekolah penggal pertama.
Perkhidmatan itu akan beroperasi mulai dari 29 Mei sehingga 9 Jun depan bagi kedua-dua laluan perkhidmatan KL Sentral-Padang Besar dan KL Sentral-Butterworth.
__
Dan, Nurul Izzah Anwar sahkan bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan PKR, 23 Mei ini.
Beliau akan mencabar Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli yang merupakan penyandang jawatan nombor dua parti itu.
Sementara itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengesahkan pencalonan untuk mempertahankan jawatan Presiden PKR.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather