← Back to list
Waspada Risiko Garis Badai Musim Monsun Barat Daya
May 10, 2025
MetMalaysia ingatkan orang ramai supaya berada di tempat selamat sekiranya berlaku fenomena garis badai di kawasan mereka.
Menurut pihaknya, fenomena itu boleh menyebabkan hujan lebat, angin kencang, banjir kilat dan boleh membahayakan operasi penerbangan dan perkapalan.
Tambahnya, garis badai ini sering berlaku pada waktu pagi dan malam ketika Monsun Barat Daya khususnya di barat Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
....
Kementerian Pendidikan ambil maklum sepenuhnya mengenai isu capaian internet rendah di sekolah, terutama di luar bandar.
Pihaknya berkata masalah ini menjadi keutamaan melalui Program Tindak Susul Parlimen untuk nilai masalah secara terus di lokasi terlibat.
.....
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan maklumkan sebanyak 31 daripada 34 projek PR1MA disiapkan melibatkan lebih 20 ribu unit kediaman setakat April.
Pihaknya berkata baki tiga lagi projek berkenaan yang masih berjalan di Melaka dan Kedah dijangka selesai menjelang akhir tahun ini.
.....
Seorang peniaga kerugian RM150,000 selepas terperdaya dengan skim pelaburan ternakan kambing tidak wujud di Terengganu.
.....
Jabatan Imigresen tahan lebih 20 pendatang asing tanpa izin menerusi Ops Kutip yang dilaksanakan di Shah Alam.
.....
Dan Tan Sri Azam Baki dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM bagi tempoh setahun berkuat kuasa 13 Mei ini.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather