← Back to list
Nahas FRU: Pemandu lori mengaku tidak bersalah
May 16, 2025
Pemandu lori muatan batu yang terlibat dalam nahas mengorbankan sembilan anggota FRU, Selasa lalu mengaku tidak bersalah atas sembilan pertuduhan memandu secara merbahaya sehingga menyebabkan kematian.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 bagi semua pertuduhan.
Tertuduh juga perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap minggu, selain lesen memandunya digantung.
Sementara itu, Ketua Polis Hilir Perak maklumkan seramai 15 individu termasuk pemilik syarikat lori muatan batu telah dirakam keterangan bagi bantu siasatan.
__
Kementerian Pendidikan umum enam berita gembira buat warga pendidik seluruh negara sempena sambutan Hari Guru, hari ini.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata antaranya ialah guru dan pegawai terpilih akan dihantar ke luar negara untuk mengikuti program kursus jangka pendek di luar negara
Tambahnya, guru juga boleh memohon pertukaran selepas berkhidmat dua tahun tanpa syarat.
Sementara itu, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di negara ini.
__
Dan, tiga lelaki mengaku bersalah terlibat dalam kejadian pukul beramai-ramai seorang vokalis kumpulan muzik di Johor Bahru, minggu lalu.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather