← Back to list
Rafizi, Nik Nazmi Letak Jawatan
May 28, 2025
Rafizi, Nik Nazmi Letak Jawatan
2 menteri kabinet mengumumkan peletakan jawatan mereka hari ini.
Datuk Seri Rafizi Ramli sahkan beliau telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Menteri Ekonomi kepada Perdana Menteri dan ia akan berkuatkuasa 17 Jun ini.
Jelas Ahli Parlimen Pandan itu, keputusan tersebut dibuat susulan gagal mengekalkan jawatan beliau sebagai Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti, baru-baru ini.
Manakala Nik Nazmi Nik Ahmad pula melepaskan jawatan sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkuatkuasa 4 Julai depan.
Ia susulan kegagalan beliau mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather