← Back to list
Penetapan Waktu Bekerja Jururawat Dilanjutkan
May 29, 2025
Penetapan Waktu Bekerja Jururawat Dilanjutkan
JPA beri tempoh lanjutan 2 bulan lagi kepada KKM bagi melaksanakan waktu bekerja 45 jam seminggu untuk jururawat di wad.
Susulan itu, tarikh baru untuk pelaksanaan sistem tersebut ditetapkan pada 1 Ogos ini.
Namun menurut JPA, fasiliti kesihatan yang telah merangka pelan untuk waktu bekerja yang baru boleh terus melaksanakannya.
MARA kaji rancangan Amerika Sekat Pelajar Asing Ke Universiti Harvard
MARA sedang jalankan kajian menyeluruh susulan rancangan Amerika Syarikat mengecualikan pelajar asing daripada memasuki Universiti Harvard.
Jelasnya ia termasuk langkah susulan yang akan diambil babitkan pelajar di bawah tajaan MARA jika sekatan Amerika itu dimuktamadkan
Keputusan Rombakan Kabinet Hak Mutlak PM
Penganalisis politik berkata keputusan sama ada kabinet akan dirombak atau sebaliknya susulan peletakan jawatan 2 menteri semalam, bergantung sepenuhnya kepada Perdana Menteri.
Terdahulu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau masih belum putuskan untuk mengganti jawatan Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad kerana mereka masih bercuti.
Datuk Seri Rafizi semalam umum beliau melepaskan jawatan Kabinet berkuat kuasa 17 Jun, manakala Nik Nazmi berkuat kuasa pada 4 Julai.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather