← Back to list
PKR belum terima permohonan keahlian Tengku Zafrul
May 31, 2025
PKR belum menerima permohonan rasmi daripada Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk menyertai parti itu setakat ini.
Setiausaha Agung PKR itu berkata setiap permohonan yang dibuat secara dalam talian akan diproses terlebih dahulu.
Terdahulu, Tengku Zafrul umumkan peletakan semua jawatannya dalam UMNO dan menyatakan kesediaan menyertai PKR.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli UMNO sepanjang penglibatannya dengan parti itu.
__
Keputusan permohonan kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan MARA bagi lepasan SPM akan diumumkan pada 16 Jun.
Menurut Kementerian Pengajian Tinggi, pelajar mempunyai 10 hari untuk menyemak keputusan tersebut sebelum tarikh akhir pada 25 Jun.
Pelajar juga boleh mendapatkan keputusan melalui aplikasi UPU Pocket, atau laman web universiti masing-masing.
__
Dan, empat anggota FRU yang terima rawatan selepas terlibat dalam kemalangan di Teluk Intan, dua minggu lalu telah dibenarkan keluar dari hospital.
Kesemua sembilan anggota FRU yang terselamat kini dalam tempoh cuti sakit untuk proses pemulihan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather