← Back to list
Kerajaan Sasar 200,000 Keluar Dari Muflis
Jun 23, 2025
Jabatan Insolvensi telah bantu mengeluarkan hampir 186,000 individu daripada muflis.
Kerajaan berharap angkanya capai 200,000 orang menjelang hujung tahun ini menerusi Dasar Peluang Kedua.
Sejak 2024 dasar itu diperluaskan kepada golongan muda berusia 40 tahun dan ke bawah yang mempunyai hutang tidak melebihi RM200,000.
---
Kira-kira 200 kes kemalangan membabitkan bas direkodkan di seluruh negara sejak 2023 hingga bulan lalu.
Menurut PDRM, ia melibatkan hampir 40 kematian dan kira-kira 270 cedera dengan 70 daripadanya parah.
Memandu melebihi had laju, penyelenggaraan tidak berkala, kerosakan mekanikal dan tekanan daripada syarikat pengendali bas jadi antara punca nahas.
Sementara itu kertas siasatan JPJ berhubung kemalangan bas yang meragut nyawa 15 penuntut UPSI akan diserah kepada pendakwa raya untuk tindakan lanjut.
Ia melibatkan 2 kertas siasatan berasingan ke atas pemandu dan syarikat pengendali bas berkenaan.
---
Harga minyak melonjak pada awal dagangan hari ini ekoran kebimbangan gangguan kepada pasaran tenaga selepas serangan Amerika Syarikat ke atas kemudahan nuklear Iran.
Iran merupakan negara pengeluar minyak ke-9 terbesar di dunia dan turut kawal Selat Hormuz yang dianggap pintu masuk terpenting di dunia untuk pengangkutan minyak.
Sebagai rekod juga, Parlimen Iran telah meluluskan langkah menutup selat itu kepada laluan trafik tentera laut sebagai tindak balas terhadap serangan berkenaan.
Dalam perkembangan berkaitan, Amerika Syarikat mengeluarkan amaran risiko keselamatan untuk rakyatnya di seluruh dunia susulan tindakan negara itu ke atas Iran.
Washington juga memaklumkan, terdapat potensi demonstrasi menentang warga AS dan kepentingan mereka di luar negara.
Sementara itu 24 individu termasuk 17 rakyat Malaysia yang dibawa keluar dari Iran telah selamat tiba di KLIA.
Manakala kira-kira 12 rakyat Malaysia masih berada di Iran dan usaha pemantauan terhadap keselamatan mereka sedang diteruskan oleh Wisma Putra.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather