← Back to list
Genjatan Senjata Iran-Israel : Belum Ada Kata Putus
Jun 24, 2025
Genjatan Senjata Iran-Israel : Belum Ada Kata Putus
Belum ada sebarang persetujuan rasmi mengenai gencatan senjata antara Tehran dan Tel Aviv.
Bagaimanapun, menurut Menteri Luar Iran, pihaknya tidak akan teruskan tindak balas ketenteraan jika Israel menghentikan serangan ke atas wilayahnya.
Jelas beliau, keputusan mengenai penamatan operasi ketenteraan Iran akan dibuat kemudian, bergantung kepada tindakan Israel dan perkembangan semasa di lapangan.
Israel dalam pada itu belum keluarkan kenyataan rasmi berhubung gencatan senjata tersebut.
Terdahulu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkata Iran dan Israel bersetuju laksanakan gencatan senjata yang berpotensi untuk tamatkan konflik antara kedua-dua negara sejak hampir 2 minggu lalu.
Buat aduan jika terima gaji bawah RM1,700
Mana-mana pekerja yang terima bayaran di bawah RM1,700 disarankan agar segera buat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja.
Kementerian Sumber Manusia tegaskan semua pihak wajib patuhi peraturan gaji minimum yang telah ditetapkan bagi melindungi kebajikan dan hak pekerja di negara ini.
Terdahulu, media melaporkan ada pemandu bas ekspres dan persiaran yang terima gaji pokok serendah RM700 sebulan, malah ada yang langsung tidak terima gaji pokok.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather