← Back to list
Polis sedang mengesan sekumpulan penunggang basikal halang bas
Jul 08, 2025
Polis sedang mengesan sekumpulan penunggang basikal yang disyaki menghalang laluan bas di Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur yang tular baru-baru ini.
Menurut Rapid Bus, pemandu bas terpaksa memberhentikan kenderaan akibat sekumpulan penunggang basikal yang menunggang melebihi garisan jalan.
Namun, berlaku perselisihan faham antara mereka sebelum pegawai JPJ yang kebetulan melalui jalan terbabit menenangkan keadaan.
Orang ramai yang turut mempunyai maklumat diminta tampil bagi bantu siasatan.
__
Malaysia komited untuk terus menjalankan perbincangan secara konstruktif dengan Amerika Syarikat ke arah mencapai satu perjanjian perdagangan yang seimbang.
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri ambil maklum kebimbangan yang dibangkitkan berhubung ketidakseimbangan perdagangan dan akses pasaran.
Namun MITI tegaskan kerajaan akan meneruskan rundingan bagi menangani isu-isu yang masih belum diselesaikan.
Terdahulu, Presiden AS Donald Trump umum pelaksanaan tarif import sebanyak 25 peratus ke atas Malaysia, yang akan berkuat kuasa 1 Ogos depan.
Sementara itu, Kabinet dijangka akan membincangkan mengenai perkara itu esok.
__
Dan, kerajaan akan meneliti cadangan pemasangan lampu jalan dan pembinaan pagar penghadang di laluan berhampiran Sungai Korok.
Ia susulan tragedi menyayat hati yang meragut enam nyawa sekeluarga baru-baru ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah itu penting bagi memastikan aspek keselamatan di kawasan berkenaan ditambah baik dan kejadian serupa tidak berulang.
Tambahnya, kerajaan memberi jaminan untuk menjaga kebajikan Putri Qisya yang kehilangan keluarganya itu dari segala bentuk.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather