← Back to list
Jerebu: Sekolah laksana PdPR jika IPU melebihi 200
Jul 23, 2025
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan jika bacaan IPU di sesuatu kawasan melebihi tahap tidak sihat iaitu 201 ke atas.
Menurut Kementerian Pendidikan (KPM), ia sebahagian daripada pelan tindakan kecemasan menghadapi jerebu bagi melindungi keselamatan dan kesihatan murid serta warga sekolah.
Ujar Menterinya, garis panduan juga jelas menyatakan, semua aktiviti luar kelas adalah dilarang jika bacaan IPU melebihi 100 iaitu tidak sihat.
Setakat 7 pagi tadi, tiada kawasan catat IPU tidak sihat memandangkan hujan di beberapa kawasan telah membantu meredakan jerebu.
Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Alam Sekitar (JAS) meningkatkan rondaan dan pemantauan secara intensif di kawasan mudah terbakar antaranya kawasan pertanian, tanah gambut dan tapak pelupusan sampah.
Ia bertujuan cegah pembakaran terbuka yang menyumbang kepada jerebu, terutama dalam keadaan cuaca panas dan kering ketika ini.
---
Kira-kira 35,000 individu hilang kerja sepanjang tempoh Januari hingga awal bulan ini susulan penutupan operasi kilang dan syarikat di seluruh negara.
Namun dalam tempoh sama Perkeso berjaya melaksanakan lebih 94,000 penempatan pekerjaan membabitkan mereka yang hilang kerja dan pencari kerja baru.
---
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap pengumuman mengenai penghargaan buat rakyat Malaysia hari ini akan bawa manfaat kepada semua pihak.
Terdahulu jurucakap kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan, pengumuman penting itu akan dibuat 10.30 pagi ini.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather