← Back to list
Inkues Zara Qairina: Bapa, ibu dibenar jadi pihak berkepentingan
Sep 03, 2025
Mahkamah Koroner Kota Kinabalu menetapkan 11 September depan sebagai tarikh melawat lokasi kematian Zara Qairina.
Sesi lawatan terbabit akan melibatkan Koroner, pihak berkepentingan, pemerhati serta saksi-saksi berkaitan bagi membuat pengecaman di lokasi kejadian.
Dalam pada itu, mahkamah membenarkan ibu dan bapa Zara Qairina serta lima pesalah kanak-kanak sebagai pihak berkepentingan melalui peguam masing-masing dalam inkues kematian pelajar itu.
__
Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes pelajar Tingkatan Tiga yang terjatuh dari bangunan asrama sebuah sekolah di Sabak Bernam, minggu lalu.
Ketua Polis Selangor berkata pihaknya juga sudah merakam percakapan daripada beberapa individu bagi bantu siasatan.
Mangsa kini masih menerima rawatan di hospital dan dilaporkan belum sedarkan diri setakat ini.
__
Dan, seorang lelaki yang menceroboh sebuah rumah di Sungai Petani semalam, berjaya ditahan kurang 24 jam selepas video kejadian tular di media sosial.
Siasatan awal mendapati suspek juga positif dadah.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather