← Back to list
KPM tiada rancangan ambil pesara tentera jadi warden asrama
Sep 05, 2025
Guru MRSM yang terbeban dengan tanggungjawab hakiki tidak akan mampu laksana tugas warden secara berkesan.
Ujar Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, ia memandangkan mereka mempunyai tanggungjawab utama iaitu mengajar dan tugas-tugas lain.
Jelas beliau, apabila kurang pemantauan secara berterusan dan berkesan oleh warden terutama pada waktu malam maka kebarangkalian untuk perlakuan buli dan aktiviti mencurigakan adalah tinggi.
Oleh sebab itu MARA ambil inisiatif laksana program rintis lantik bekas pegawai tentera sebagai warden sepenuh masa di MRSM yang bertugas dari 10.00 malam hingga 7.00 pagi.
Kementerian Pendidikan (KPM) pula belum ada perancangan ambil warden asrama dalam kalangan pesara tentera dan polis seperti yang dilakukan MRSM.
Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad berkata, ia berikutan KPM melihat asrama sekolah adalah institusi untuk pendidikan.
Justeru pihaknya akan pertimbang inisiatif lain termasuk tambah bilangan warden supaya guru tidak terbeban.
Terdahulu, KPM mengumumkan peruntukan RM3 juta untuk pemasangan CCTV di 200 sekolah berasrama terpilih dalam masa terdekat.
Ia merupakan antara langkah meningkatkan aspek keselamatan dalam kalangan murid.
---
Perdana Menteri menyeru umat Islam menjadikan teladan Rasulullah SAW sebagai panduan dalam usaha membina bangsa dan negara.
Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rasulullah SAW bukan sekadar peribadi unggul, malah simbol perpaduan dan kepimpinan.
Sementara itu Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Tan Sri Abdul Rashid Hussain diumumkan penerima anugerah Tokoh Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan tahun ini.
Pempengaruh dan usahawan popular Khairul Aming pula menerima anugerah bagi kategori Usahawan Berjaya manakala pelakon, Angeline Tan bagi kategori Saudara Baru Cemerlang.
---
Rakyat Malaysia di Indonesia diminta tidak mengunjungi kawasan panas yang dikenal pasti menjadi lokasi demonstrasi.
Menurut Kementerian Luar, ia susulan rusuhan di beberapa lokasi di negara itu sejak 28 Ogos lalu.
Wisma Putra juga sentiasa pantau rapi perkembangan semasa dan memastikan keselamatan warga Malaysia terjamin.
Dalam perkembangan berkaitan, tentera Indonesia melaksanakan rondaan 3 kali sehari di Jakarta bagi memastikan keamanan susulan rusuhan berhubung elaun kontroversi Ahli Parlimen.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather