← Back to list
Misi Global Sumud Flotilla : Malaysia Kecam Serangan Dron
Sep 10, 2025
Misi Global Sumud Flotilla : Malaysia Kecam Serangan Dron
Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan dron ke atas kapal misi Global Sumud Flotilla dalam tempoh 2 hari ini.
Jurucakap kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil telah hubungi Pengarah Sumud Nusantara, Datuk Dr Ahmad Sani Araby di Tunisia mengenai perkembangan terkini wakil Malaysia dalam misi itu.
Beliau sahkan delegasi Malaysia yang sertai misi tersebut berada dalam keselamatan di Tunisia.
Terdahulu, Global Sumud Flotilla sahkan satu lagi kapalnya yang berlayar di bawah bendera Britain diserang dron ketika berlabuh di perairan Tunisia.
Pihaknya sifatkan serangan dron ke atas kapal mereka buat kali kedua itu sebagai usaha terancang untuk gagalkan misi kemanusiaan menuju Gaza.
Sementara itu, Malaysia mengutuk serangan udara Israel ke atas Doha dengan PM tegaskan tindakan pencerobohan itu merupakan pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
Wisma Putra dalam pada itu sahkan tiada rakyat Malaysia terjejas susulan serangan udara Israel yang menyasarkan pejabat pemimpin Hamas di Doha.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather