← Back to list
Banjir Sabah: Kerajaan Persekutuan nilai keperluan peruntukan tambahan
Sep 20, 2025
Kerajaan Persekutuan menilai keperluan bagi menyalurkan peruntukan tambahan untuk usaha pemulihan banjir dan tanah runtuh di Sabah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini selepas laporan awal menunjukkan terdapat banyak kerosakan yang memerlukan perhatian segera.
Tambahnya, kerajaan sudah menyalurkan RM10 juta sebagai langkah permulaan pemulihan.
Semalam, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Sabah untuk meninjau situasi bencana banjir dan tanah runtuh yang melanda negeri itu.
__
Peguam yang mewakili kanak-kanak terlibat kes kematian Zara Qairina membuat laporan polis berhubung kebocoran maklumat babitkan saksi kanak-kanak dalam prosiding inkues semalam.
Insiden kebocoran itu menyebabkan inkues yang memasuki hari ke-10 ditangguhkan ke Isnin depan.
__
Dan, Istana Selangor buat laporan polis terhadap akaun palsu di TikTok yang menyalahgunakan gambar Tengku Permaisuri Selangor dengan teknologi AI.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather