← Back to list
DAP syor PRU16 bagi kerusi Parlimen & DUN diadakan serentak
Sep 22, 2025
Malaysia tolak sekeras-kerasnya sebarang cubaan berniat jahat yang menyalah tafsirkan sokongan negara ini terhadap perjuangan rakyat Palestin.
Tegas Wisma Putra, Malaysia kekal komited terhadap penubuhan sebuah negara Palestin yang bebas, merdeka dan berdaulat.
Baru-baru ini seorang bekas penganalisis kewangan keganasan di Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat cipta kontroversi apabila mendakwa Malaysia jadi pusat operasi Hamas.
Sementara itu, UK, Australia, dan Kanada secara rasmi mengiktiraf negara Palestin!
Ia dilapor suatu langkah bersejarah yang dilihat sebagai usaha menghidupkan kembali harapan kepada keamanan dan penyelesaian 2 negara di Asia Barat.
---
DAP syor PRU16 bagi kerusi Parlimen dan DUN diadakan secara serentak dengan beberapa Pilihan Raya Negeri.
Setiausaha Agung DAP berkata langkah itu dapat menjimatkan kos sekali gus memastikan kelancaran proses pilihan raya yang akan diadakan.
Justeru Anthony Loke berharap pimpinan negeri di bawah Kerajaan Perpaduan bincang perkara berkenaan dengan Perdana Menteri.
---
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Terengganu sedang siasat insiden kebocoran paip gas butana di tapak projek ECRL di Kerteh.
Bomba Terengganu pula menegaskan orang awam tidak perlu bimbang kerana kebocoran gas tersebut tidak berisiko menyebabkan letupan.
---
Bomba telah selesai agih 150 bot komuniti ke seluruh negara sebagai persediaan hadapi musim tengkujuh.
Bot berkenaan boleh digunakan untuk kerja pemindahan awal mangsa banjir oleh komuniti setempat.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather