← Back to list
BUDI95: Tiada hadkan pembelian RON95 sekali sehari
Sep 24, 2025
Kerajaan tiada rancangan hadkan pembelian RON95 kepada sekali sehari melalui program BUDI95 seperti yang dilaporkan beberapa artikel media.
Jelas Kementerian Kewangan, ini kerana ia jelas tidak selaras dengan tujuan insentif itu yang bertujuan memastikan keperluan harian rakyat dapat dipenuhi.
Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan sedia pertimbang permohonan kuota tambahan subsidi petrol di bawah inisiatif itu bagi petani dan penjaja jika terdapat bukti penggunaan mereka melebihi had ditetapkan.
Dianggarkan lebih 16 juta rakyat Malaysia memenuhi kriteria kelayakan untuk BUDI95 dan semakan boleh dibuat di laman web BUDI MADANI bermula esok.
---
Kementerian Pendidikan (KPM) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM) menyenaraikan 12 jenis makanan dan minuman yang dilarang dijual di sekolah
Menerusi perkongsian KPM di Instagramnya, ia adalah untuk memastikan amalan pemakanan sihat dan tumbesaran terbaik kepada semua murid.
Antara yang dilarang adalah pelbagai makanan ringan juga kentang goreng, sosej dan nugget, manakala minuman seperti teh dan kopi hanya untuk guru.
---
Kerajaan Pahang sedang pertimbang pemberian saguhati khas kepada penjawat awam persekutuan yang berkhidmat di negeri itu sebagai tanda penghargaan kepada mereka.
---
Kerajaan Selangor memaklumkan, pegawai yang tular merokok di dalam kenderaan rasmi milik jabatan kerajaan negeri itu telah dikenakan tindakan surat tunjuk sebab.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather