Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Muzik Retro Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Muzik Retro Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Muzik Retro Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Muzik Retro Terbaik

Leaderboard 970x90 Leaderboard 728x90 Leaderboard 320x50

← Back to list

Belanjawan 2026: Kukuhkan Ekonomi Rakyat, Perkasa Negara

Oct 07, 2025


Pengukuhan ekonomi rakyat dan negara perlu diberi lebih perhatian dalam Belanjawan 2026. 

Ketua Penganalisis Ekonomi Bank Muamalat, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ini kerana ia menjadi teras utama kepada kestabilan dan pertumbuhan negara. 

Dalam hal ini, penyasaran semula subsidi perlu diberi keutamaan untuk pastikan bantuan dapat disalurkan dengan lebih berkesan kepada mereka yang benar-benar perlu.  

"Penyasaran subsidi yang menggunakan MyKad ini saya kira menjadikan ia satu platform yang utama pada masa akan datang sekiranya kerajaan mahu menyasarkan semula subsidi bahan api dan pelbagai subsidi lagi. Pada masa hadapan akan ada banyak lagi perkara yang boleh dilaksanakan seperti penyasaran semula subsidi mengikut tahap pendapatan,” katanya.

Dr Mohd Afzanizam menjelaskan langkah ini penting bagi tangani tekanan kos sara hidup rakyat tanpa bebankan fiskal negara untuk pelaburan yang lebih strategik.  

Sementara itu beliau juga berharap kerajaan dapat perluaskan dasar gaji progresif dalam Belanjawan kali ini. 

Ini kerana setiap rakyat Malaysia perlu rasa peningkatan pendapatan hasil daripada pertumbuhan ekonomi negara.

“Dasar Gaji Progresif ini boleh ditingkatkan kerana ianya dapat meningkatkan tangga gaji dan pada masa yang sama akan dapat meningkatkan kemahiran di kalangan para pekerja. Saya kira ini langkah-langkah yang paling wajar untuk dilaksanakan kerana bukan sahaja ia dapat meningkatkan pendapatan para pekerja, pada masa yang sama akan dapat meningkatkan produktiviti negara.”

Tambahnya, dasar ini penting untuk pastikan peningkatan pendapatan rakyat sejajar dengan pertumbuhan produktiviti dan kos sara hidup semasa.  

Dalam pada itu, kerajaan juga perlu perhebatkan program pembangunan rakyat kerana ini akan memacu sikap berdaya maju yang menjadi asas kepada kemakmuran negara. 

“Mungkin akan lebih banyak lagi penyaluran dana ke dalam perbelanjaan pembangunan yang akan memberi tumpuan kepada projek-projek rakyat seperti berkait dengan jalan raya, hospital dan juga penyelenggaraan infrastruktur. Semuanya akan memudahkan kehidupan rakyat dan dapat melancarkan aktiviti ekonomi,” tambahnya lagi.

Jelas Dr Afzanizam belanjawan bukan sekadar beri bantuan, tetapi platform yang bina keupayaan rakyat untuk bangunkan ekonomi. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat Jumaat ini. 

Ikuti media sosial Astro Audio News untuk perkongsian mengenai Belanjawan 2026. 


Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm
 

Weather

 

 

Leaderboard 970x90 Leaderboard 728x90 Leaderboard 320x50
Ads With Us Ads With Us Ads With Us