← Back to list
PM Anwar kecam tindakan Israel pintas konvoi kemanusiaan FFC-TMTG, gesa aktivis dibebaskan
Oct 08, 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam sekeras-kerasnya tindakan Israel memintas kapal misi kemanusiaan ke Gaza.
Katanya, tindakan menahan kapal kemanusiaan yang membawa bantuan untuk rakyat Gaza adalah tidak berperikemanusiaan dan mencabuli prinsip asas hak asasi manusia.
Datuk Seri Anwar menuntut agar kesemua aktivis dan sukarelawan Malaysia dibebaskan segera dan diberikan perlindungan sewajarnya sepanjang tempoh tahanan.
Menurut Pengerusi Pusat Kawalan Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Datuk Seri Dr Kamal Nasharuddin Mustapha, ia melibatkan sembilan delegasi Malaysia.
Kedua-dua kapal itu dipintas Pasukan Pertahanan Israel ketika menghampiri perairan zon merah menuju ke Gaza, pagi tadi.
__
SI, tiada sebarang akses komunikasi dijangka dapat dilakukan dengan sembilan delegasi Malaysia yang ditahan oleh Israel untuk tempoh sehingga 24 jam.
Menurut MyCARE, lebih 15 jam diperlukan untuk membawa semua bot dari lokasi pintasan ke daratan.
Bagaimanapun, pihaknya menegaskan semua langkah sudah pun diambil bagi memastikan keselamatan para sukarelawan.
__
Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengadakan mesyuarat khas Khamis depan bagi membincangkan beberapa tarikh penting serta urusan berkaitan PRU DUN Sabah Ke-17.
Ia susulan penerimaan pemakluman rasmi mengenai pembubaran DUN Sabah Ke-16, semalam.
__
Dan, kucing viral yang muncul dalam perarakan Hari Kebangsaan 2025 bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dikenali sebagai Shimba mati akibat masalah kesihatan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather