← Back to list
Suspek kes tikam pelajar akan didakwa membunuh esok – AGC
Oct 21, 2025
Suspek kes tikam pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama akan dituduh di Mahkamah Petaling Jaya esok atas kesalahan membunuh.
Jabatan Peguam Negara memaklumkan suspek berusia 14 tahun itu akan didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574).
Ia susulan penilaian terhadap kertas siasatan yang dikemukakan PDRM.
Terdahulu, polis sahkan remaja berkenaan disambung reman seminggu lagi bagi bantu siasatan.
__
Sementara itu, lelaki yang disyaki melibas parang hingga cederakan seorang remaja perempuan yang sedang membonceng motosikal di Melaka direman seminggu.
Terdahulu, mangsa cedera selepas dipercayai dilibas dengan objek tajam dan kini sedang dirawat di Hospital Melaka.
__
Di Kedah pula, empat remaja mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual secara berasingan ke atas pelajar perempuan berusia 15 tahun.
__
Dan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Sanae Takaichi atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Jepun yang baharu.
Takaichi turut mencipta sejarah apabila menjadi wanita pertama memimpin negara matahari terbit itu.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather