← Back to list
Sidang Kemuncak ASEAN: Siswa boleh PdP Online
Oct 22, 2025
Kawalan keselamatan sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada 26 hingga 28 Oktober ini turut tertumpu terhadap kemungkinan ancaman ekstremisme dan pengganas.
Menurut Bukit Aman, ancaman keselamatan siber, potensi tunjuk perasaan tidak terkawal dan pengurusan trafik turut merupakan antara cabaran utama semasa persidangan itu.
Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Pendidikan Tinggi membenarkan IPT di KL, Selangor dan Putrajaya laksana PdP secara dalam talian atau fizikal sepanjang sidang kemuncak tersebut.
Langkah berkenaan bagi memastikan warga IPT tidak terkesan dengan penutupan jalan dan lencongan trafik melibatkan 6 lebuh raya serta 25 jalan utama di Lembah Klang.
Sementara itu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetengahkan isu hak rakyat Palestin serta usaha memperkukuh perdagangan Malaysia–Amerika Syarikat pada pertemuan tertutup dengan Presiden Donald Trump semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.
Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri wanita pertama Jepun, Sanae Takaichi dijangka buat penampilan sulung diplomatiknya pada persidangan berkenaan dan rancang bertemu dengan Datuk Seri Anwar.
---
Polis Pulau Pinang minta semua pihak menghentikan spekulasi dan penyebaran maklumat tidak sahih berhubung kes bunuh 2 beranak, Sabtu lepas.
Setakat ini, 3 individu termasuk suami mangsa dan seorang warga Bangladesh direman bagi bantu siasatan.
---
Seorang kanak-kanak berusia 4 tahun dilapor meninggal dunia akibat strok haba selepas dipercayai tertinggal dalam kereta dalam kejadian di Gua Musang, Kelantan.
---
Iraq dilapor mengharamkan permainan video Roblox atas dakwaan mengandungi kandungan berunsur seksual, penghinaan agama dan risiko ugutan dalam talian terhadap kanak-kanak.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather