← Back to list
Kanak-kanak cedera dikelar: Polis tahan ibu bapa mangsa
Oct 29, 2025
Ibu bapa kepada kanak-kanak lelaki yang cedera dikelar di Batu Pahat semalam, ditahan untuk siasatan.
Polis Johor turut buka kertas siasatan baru di bawah Akta Kanak-Kanak berkaitan pengabaian.
Kanak-kanak berusia 6 tahun itu dilapor dalam keadaan stabil setelah jalani pembedahan dan masih dirawat di Hospital.
---
Kira-kira 158,000 golongan suami menyertai program i-Sayang sejak diperkenalkan KWSP pada Mac 2023.
Menurut Kementerian Kewangan, jumlah berkenaan melibatkan pindahan caruman lebih 300 juta ringgit.
Program i-Sayang membolehkan suami memperuntukkan 2 peratus daripada caruman bulanan syer pekerja secara sukarela ke akaun KWSP isteri.
---
Kementerian Pengangkutan dengan kerjasama MIROS sedang teliti pelaksanaan kaedah baru bagi kesan penggunaan tayar celup haram.
Ia termasuk pengenalan bukti fizikal melalui cop keselamatan atau penggunaan teknologi seperti kod QR dan RFID.
Berdasarkan kajian MIROS, ada 3 faktor utama nahas jalan raya di Malaysia iaitu kelalaian dan sikap pengguna jalan raya, situasi jalan serta keadaan kenderaan.
---
Jabatan Peguam Negara menjelaskan tindakan pertuduhan yang dikenakan terhadap 2 guru di Pulau Pinang diambil selepas pihaknya mendapati ada asas mencukupi.
Menurutnya lagi, ia ekoran tindakan mereka merotan seorang murid hingga mendatangkan kecederaan sambil tegaskan, ia bukan bertujuan merendahkan martabat profesion perguruan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather