Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Muzik Retro Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Muzik Retro Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Muzik Retro Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Muzik Retro Terbaik

Leaderboard 970x90 Leaderboard 728x90 Leaderboard 320x50

← Back to list

Pelaksanaan Bantuan Wang Ihsan ditambah baik

Nov 09, 2025


Pelaksanaan Bantuan Wang Ihsan, BWI kepada mangsa bencana ditambahbaik iaitu bayaran dibuat setiap 3 bulan berbanding hanya sekali dalam tempoh Monsun Timur Laut.  

NADMA memaklumkan, ia bagi memastikan mangsa yang terkesan berulang kali tetap terima bantuan sewajarnya dengan syarat setiap bencana berjarak sekurang-kurangnya 3 bulan.  

Menurutnya lagi, bantuan itu tidak terhad kepada banjir malah merangkumi bencana lain yang menyebabkan rumah musnah dan rosak misalnya ribut dan tanah runtuh.  

Difahamkan, bayaran pula akan disalur terus ke akaun bank mangsa dan yang penting mereka perlu mendaftar dalam sistem MyIBJKM.  

Sementara itu, menurut data JKM, 182,000 Ketua Isi Rumah seluruh negara berdaftar termasuk hampir 110,000 melalui MyIBJKM.  

Kelantan catat jumlah pendaftaran tertinggi di Malaysia iaitu hampir 63,000 diikuti Terengganu mencecah 42,000 dan Johor 34,000.  

--- 

Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpuir siasat pematuhan SOP ekoran kematian seorang murid PPKI selepas 2 hari bertarung nyawa akibat lemas ketika ikuti program sokongan keyakinan air.  

Menurutnya, kes itu kini dalam siasatan polis dan pihaknya beri kerjasama penuh terhadap siasatan yang dijalankan. 

Jabatan itu juga merakamkan ucapan takziah serta telah salur bantuan awal dan sokongan kepada keluarga murid berusia 11 tahun itu. 

--- 

Kementerian Pendidikan (KPM) minta sokongan semua pihak khususnya ibu bapa dalam menjayakan 2 agenda besar pendidikan negara iaitu Pelan Pendidikan Malaysia 2026-2035 dan Kurikulum Persekolahan 2027. 

Menterinya berkata, kedua-dua inisiatif besar itu bertujuan memperkukuh sistem pendidikan negara ke arah melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing. 

Fadhlina Sidek sebelum ini memaklumkan, KPM akan memperkenalkan program pembentukan karakter murid secara menyeluruh mulai tahun depan. 

Ia merupakan pendekatan bersepadu yang diintegrasikan dalam subjek sedia ada.  


Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm
 

Weather

 

 

Leaderboard 970x90 Leaderboard 728x90 Leaderboard 320x50
Ads With Us Ads With Us Ads With Us