← Back to list
KKM pertimbang khidmat GP laksana saringan kesihatan kanak-kanak
Nov 17, 2025
Kementerian Kesihatan pertimbangkan cadangan menggunakan khidmat pengamal perubatan am untuk membuat saringan kesihatan kanak-kanak.
Timbalan Menterinya berkata inisiatif itu dicadangkan bagi membendung masalah kekurangan zat makanan dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah.
Tambah Datuk Lukanisman Awang Sauni, ia juga dapat membantu ibu bapa yang mempunyai kekangan masa menghantar anak mereka mendapatkan rawatan susulan.
__
Kementerian Kerja Raya akan pinda tiga akta undang-undang tahun depan bagi membolehkan pelaksanaan sistem kutipan tol Aliran Pantas Pelbagai Lorong (MLFF) di negara ini.
Pindaan itu antara lain melibatkan peruntukan kesalahan tidak membayar tol dan pelaksanaan penguatkuasaan berkaitan sistem kutipan berkenaan.
__
Tiga lelaki warga Myanmar direman tujuh hari bagi bantu siasatan kes bunuh tukang masak wanita dalam kejadian di sebuah restoran di Pulau Pinang.
Kejadian dilapor berlaku semasa suspek dalam keadaan mabuk dan bertengkar dengan mangsa yang dituduh masak masakan tidak sedap.
__
Dan, bekas Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina dijatuhkan hukuman mati atas jenayah terhadap kemanusiaan susulan kekejamannya menangani protes anti-kerajaan tahun lalu.
Kira-kira 1,400 orang terkorban dalam protes yang berlaku pada Julai dan Ogos tahun lalu.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather