← Back to list
RM500 juta baiki infrastruktur awam terjejas banjir - PM Anwar
Dec 02, 2025
Perdana Menteri umum peruntukan sebanyak RM500 juta bagi membaiki kerosakan infrastruktur awam yang terjejas di kebanyakan negeri akibat banjir baru-baru ini.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau juga telah mengarahkan pihak berkaitan melakukan penilaian kerosakan serta melaksanakan kerja pembaikan dengan segera.
__
Sementara itu, MetMalaysia jangkakan cuaca negara kekal baik untuk tempoh beberapa hari lagi.
Namun episod hujan lebat Monsun Timur Laut seterusnya boleh berlaku pada bila-bila masa bergantung kepada luruan monsun dan kemasukan udara lembap.
Susulan itu, Ketua Pengarahnya berkata amaran akan dikeluarkan sekurang-kurangnya tiga hari lebih awal jika terdapat tanda-tanda cuaca buruk.
__
Dan, Erra Fazira umum bakal melangsungkan pernikahan bersama seorang ahli perniagaan, 12 Disember ini.
Berita gembira itu diumumkan pada majlis pelancaran video muzik lagunya, berjudul Cinta Abadi.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather