← Back to list
Patuhi Arahan Penutupan Jalan - KKR
Dec 07, 2025
Kementerian Kerja Raya (KKR) mengingatkan pengguna supaya sentiasa mematuhi arahan serta tanda penutupan jalan di lokasi berisiko.
Ia ekoran 2 maut selepas SUV dinaiki terjunam ke dalam gaung di km 52, Jalan Kuala Jeneris-Sungai Gawi-Aring di Kuala Berang, Terengganu kelmarin.
Lokasi berkenaan ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan sejak November tahun lalu akibat jalan runtuh.
---
Kerajaan akan terus memantau golongan suami yang culas bayar nafkah kepada bekas isteri dan anak.
Ujar Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama, tindakan sewajarnya telah dan sedang dilaksanakan kerana ia terkandung di bawah peruntukan undang-undang sedia ada.
Kerajaan juga sedang berbincang dengan Bank Negara untuk laksana langkah sita simpanan kewangan melalui perintah mahkamah syariah.
---
Operasi mencari dan menyelamat berskala besar dilaksana selepas 2 kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun diberitakan hilang sejak pagi semalam di Kuching, Sarawak.
---
Seorang pemuda maut, manakala seorang remaja cedera dihempap pokok tumbang di Jalan Tun Razak–Ayer Keroh, Melaka.
---
Hhampir 1,200 mangsa banjir di 3 negeri berlindung di PPS, majoritinya di Perak, diikuti Selangor dan Pahang.
---
SPRM memaklumkan 2 individu termasuk seorang Ahli Parlimen akan dihadap ke mahkamah esok berhubung dakwaan rasuah dalam projek usahasama ternakan lembu kerajaan Kedah.
---
Kerajaan Persekutuan akan meneruskan perbincangan bersama wakil Kerajaan Terengganu dan FELDA untuk selesai isu pertikaian 10 ladang FELDA dan FGV di negeri itu.
---
Palestin rayu pemimpin dan masyarakat antarabangsa gesa tindakan segera bagi dedah keadaan dan memastikan pembebasan Pengarah Hospital Kamal Adwan, Dr Hussam Abu Safiya yang sudah setahan diculik dan ditahan Israel.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather