← Back to list
Rombakan Kabinet: PM sudah ada senarai calon
Dec 08, 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan beliau sudah mempunyai senarai calon untuk rombakan Kabinet.
Namun, ia masih dalam pertimbangan teliti dan enggan terburu-buru buat keputusan, serta mahu berbincang dengan semua pihak berkepentingan.
Ujar beliau, beberapa pihak yang masih belum dipanggil untuk perbincangan rasmi termasuk pemimpin DAP dan Presiden UMNO.
Datuk Seri Anwar berkata demikian selepas melancarkan buku terbarunya berjudul Rethinking Ourselves: Justice, Reform and Ignorance in Postnormal Times.
---
Ibu bapa diminta lebih berwaspada pada musim tengkujuh ini dengan tidak membiarkan anak-anak bermain di kawasan banjir.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menegaskan, kita tidak mahu keseronokan bertukar menjadi tragedi.
Datuk Seri Nancy Shukri juga menasihatkan ibu bapa dan orang dewasa agar lebih peka menjaga dan mengawasi keselamatan kanak-kanak.
Ia susulan kes kehilangan 2 kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun di Kuching kelmarin selepas dilapor keluar bermain di rumah nenek mereka.
Ia menyaksikan operasi mencari dan menyelamat berskala besar dilakukan dan mereka dijumpai selamat dekat kawasan pantai kira-kira 24 jam kemudian.
---
Jumlah mangsa banjir di 3 negeri turun kepada 610 orang, majoritinya di Perak diikuti Selangor dan Terengganu.
Banjir di Pahang pula sudah pulih sepenuhnya.
Dalam pada itu, MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir bagi sejumlah kawasan di Sarawak, Perak, Selangor, KL dan Putrajaya hingga 9 pagi ini.
---
8 kenderaan dalam sebuah bengkel cat dan sebuah rumah musnah terbakar dipercayai berpunca daripada panahan petir di Banting, Selangor.
---
2 video tular yang papar wajah dan suara menyerupai Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia disahkan palsu selepas dikesan guna teknologi deepfake.
---
LKIM menggalakkan pengguna pilih spesies ikan mengikut musim bagi elak manipulasi harga terutamanya ketika musim tengkujuh ini.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather