← Back to list
SUV terjunam: Orang ramai diminta tampil beri maklumat - Alexander Nanta
Dec 08, 2025
Orang ramai diminta tampil beri maklumat berhubung pihak yang alihkan papan tanda amaran dan penghadang jalan di lokasi tragedi kenderaan terjunam ke dalam gaung, baru-baru ini.
Saranan itu dikemukakan Menteri Kerja Raya bagi bantu siasatan kes berkenaan.
Terdahulu, sebuah kenderaan SUV membawa dua orang terjunam ke dalam gaung ketika dalam perjalanan ke Gua Musang, Kelantan.
Kedua-duanya maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
__
Ahli Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin mengaku tidak bersalah atas tuduhan bersubahat terima rasuah berkaitan projek ternakan lembu milik Kerajaan Negeri Kedah, lima tahun lalu.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM75,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah.
__
Dan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Thailand dan Kemboja segera meleraikan ketegangan dan kembali kepada rundingan.
Terdahulu, Thailand lancar serangan udara di sepanjang sempadan yang dipertikaikan dengan Kemboja, selepas kedua-dua negara saling menuduh melanggar perjanjian gencatan senjata.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather