← Back to list
Kerajaan umum diskaun tol 50% sempena Krismas
Dec 19, 2025
Kerajaan bersetuju beri diskaun tol sebanyak 50 peratus daripada kadar biasa selama dua hari iaitu pada 23 dan 24 Disember 2025 sempena sambutan Hari Krismas.
Kementerian Kerja Raya berkata diskaun tol itu akan diberikan kepada kenderaan kelas 1 di semua plaza tol kecuali plaza tol di pintu masuk sempadan negara.
__
Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia jangkakan 2.6 juta kenderaan sehari akan menggunakan lebuh raya utama negara, pada hari puncak sempena sambutan perayaan Krismas tahun ini.
Peningkatan trafik dijangka bermula hari ini, khususnya bagi laluan menuju ke Pantai Timur, Utara dan Selatan.
Untuk info trafik terkini, layari laman media rasmi Astro Audio Traffic.
__
Dan, seorang lelaki direman tujuh hari disyaki mempunyai kaitan dengan penemuan mayat wanita di dalam beg yang ditanam di sebuah rumah di Rembau.
Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan berkata suspek ditahan di Melaka, petang semalam.
Pihaknya kini menunggu laporan bedah siasat dan pengecaman daripada ahli keluarga sebelum menjalankan siasatan lanjut mengenai kaitan suspek dengan mangsa.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather