← Back to list
MyDigital ID jadi platform log masuk tunggal MyNIISe
Jan 07, 2026
MetMalaysia meramalkan cuaca signifikan dengan luruan monsun dijangka berterusan sehingga 11 Januari.
Justeru amaran hujan berterusan tahap waspada berkuatkuasa bagi seluruh Terengganu, utara Kelantan, Timur Pahang dan Timur Johor sehingga esok.
Amaran cuaca sama dikeluarkan untuk barat Sarawak pada Jumaat dan Sabtu ini.
Sementara itu jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat kepada hampir 1,400 orang, Sarawak pula mencecah 300.
Manakala Johor sudah tidak merekodkan mangsa bencana berkenaan.
---
Bermula 15 Januari, MyDigital ID akan jadi platform log masuk tunggal bagi rakyat Malaysia yang guna aplikasi mudah alih Sistem Imigresen Bersepadu Nasional, MyNIISe.
Manakala bagi pengguna warga asing kaedah log masuk sedia ada ke aplikasi MyNIISe akan terus digunakan tanpa sebarang perubahan.
Menurut KDN, pelaksanaan tersebut bertujuan mengesahkan identiti pengguna secara tepat dan selamat melalui pangkalan data JPN tanpa menyimpan data peribadi pengguna.
---
BERSATU pecat keahlian Ahli Majlis Pimpinan Tertingginya, Datuk Seri Saifuddin Abdullah kerana dilapor langgar Perlembagaan parti.
Ahli Parlimen Indera Mahkota itu berkata, beliau telah terima makluman mengenainya dan akan buat rayuan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather