← Back to list
Pembukaan Sidang Parlimen: Agong titah hapuskan amalan rasuah
Jan 19, 2026
Titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menegaskan usaha memerangi rasuah dan salah guna kuasa perlu dijalankan secara menyeluruh.
Seri Paduka Baginda bertitah tiada sesiapa pun boleh dilindungi daripada tindakan undang-undang.
Baginda bertitah demikian ketika menyampaikan Titah Diraja pada Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Majlis Parlimen Ke-15 di bangunan Parlimen hari ini.
__
Sementara itu, SPRM telah mengemukakan kertas siasatan melibatkan pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia kepada pihak pendakwa raya berserta cadangan pertuduhan.
Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
__
Dan, Kerajaan Negeri Melaka umum cuti khas kepada semua penjawat awam negeri dan Persekutuan di negeri itu pada 1 Ramadan ini.
Ia sekali gus menyaksikan semua penjawat awam negeri menikmati cuti selama enam hari sempena Tahun Baharu Cina dan Hari Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather