← Back to list
Darjah 1 umur 6 tahun & tamat sekolah usia 16 tahun – KPM
Jan 21, 2026
Kementerian Pendidikan (KPM) menjelaskan persoalan ibu bapa berhubung Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 yang diumumkan semalam.
Ia antaranya berkenaan pendidikan prasekolah yang bermula pada usia 5 tahun dan Tahun 1 pada usia 6 tahun bermula 2027.
Menurut KPM, murid tetap akan berada di sekolah rendah selama 6 tahun dan sekolah menengah 5 tahun, cuma akan tamat sekolah lebih awal iaitu pada usia 16 tahun.
Sebagai makluman, perubahan itu cuma pilihan dan masih belum diwajibkan.
Ia untuk beri ruang kepada pelbagai pihak bersedia kepada persekitaran baru pendidikan, khususnya anak-anak, ibu bapa dan warga pendidikan.
Disamping itu, kanak-kanak mesti lulus saringan diagnostik sebelum dibenarkan memasuki Tahun 1 pada usia 6 tahun.
---
Tahap keselamatan di lorong ‘Smart lane’ berada pada paras terkawal dengan kadar kemalangan direkodkan sangat rendah.
Jelas Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, ini kerana pemilihan dan penentuan untuk mewujudkan lorong itu dilakukan dengan kajian terperinci.
Analisis di beberapa lokasi lorong khas itu juga menunjukkan trend pengurangan kemalangan yang memberangsangkan.
Sebagai contoh, laluan Putra Mahkota ke Southville, Selangor di Lebuhraya Utara Selatan, kadar nahasnya catat penurunan sehingga 22 peratus berbanding sebelum ‘Smart lane’ diaktifkan.
---
Pesanan tular di WhatsApp berkaitan permohonan serta bayaran STR dan SARA berjumlah 600 ringgit bagi kategori bujang adalah palsu!
Kementerian Kewangan memaklumkan, tiada sebarang permohonan atau bayaran 2 insentif terbabit dibuat melalui aplikasi itu.
Justeru orang ramai dinasihat agar tidak buka pautan yang mencurigakan atau kongsi maklumat peribadi dengan pihak tidak dikenali.
---
Jentolak-jentolak Israel merobohkan ibu pejabat agensi PBB bagi Pelarian Palestin di Baitulmuqaddis Timur, serta usir petugas dan pengawalnya.
PBB mengecam tindakan itu dan tegaskan ia merupakan pelanggaran serius undang-undang antarabangsa serta keistimewaan dan kekebalan pertubuhan dunia itu.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather