← Back to list
SARA RM100 dikreditkan hari ini
Feb 09, 2026
Bantuan program Sumbangan Asas Rahmah, SARA, RM100 untuk setiap warganegara dewasa mula dikreditkan hari ini.
Ia melibatkan seramai 22 juta rakyat dan boleh digunakan bagi persiapan Ramadan dan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.
Dalam pada itu Menteri Komunikasi berkata sistem MyKasih telah ditambahbaik bagi mengelakkan masalah yang berlaku seperti tahun lalu.
---
97 peratus Bantuan Wang Ihsan berjumlah lebih 200 juta ringgit telah disalur kepada ketua isi rumah yang terjejas banjir di seluruh negara sepanjang tahun lalu.
Timbalan Perdana Menteri berkata, baki 3 peratus yang masih tertunggak bakal menerimanya setelah proses dokumentasi selesai dalam masa terdekat.
---
Kementerian Pendidikan (KPM) bersiap siaga sepenuhnya bagi kemasukan kanak-kanak 6 tahun ke Darjah 1 bermula tahun depan.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, ia susulan jangkaan sambutan menggalakkan ibu bapa, khususnya di kawasan bandar.
Pendaftaran murid secara dalam talian akan dibuka pada 15 Februari ini dan berdasarkan maklum balas awal diterima, KPM jangka peningkatan ketara jumlah kemasukan murid.
Sementara itu tumpuan utama KPM ketika ini adalah pemetaan kawasan dan sekolah termasuk kapasiti kelas serta mengoptimumkan sekolah yang dijangka terima limpahan murid.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather