Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Muzik Retro Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Muzik Retro Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Muzik Retro Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Muzik Retro Terbaik

Leaderboard 970x90 Leaderboard 728x90 Leaderboard 320x50

← Back to list

KPM & KPT teliti aspek teknikal pelaksanaan wajib BM & Sejarah

Feb 10, 2026


Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang teliti aspek teknikal susulan keputusan mewajibkan subjek Bahasa Melayu dan Sejarah mengikut Kurikulum Kebangsaan bagi semua aliran pendidikan di negara ini. 

Ujar Menteri Pendidikan Tinggi, fokus diberi kepada aspek penilaian pembelajaran, peperiksaan dan pemantauan kualiti babit sekolah agama rakyat, antarabangsa dan persendirian Cina serta maahad tahfiz.  

Berkaitan perubahan struktur program matrikulasi dan Tingkatan 6 pula, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, KPT dan KPM sedang teliti urusan perundangan, kebajikan, kewangan, perjawatan, sistem dan aset. 

Sebagai rekod, KPT akan ambil alih keseluruhan 2 sistem dan pogram pendidikan berkenaan bermula tahun depan. 

Dalam perkembangan lain, seorang murid sekolah di Pontian disahkan individu terbaru dijangkiti Tibi di Johor namun tindakan segera sudah diambil termasuk kenal pasti kontak rapat dan melaksanakan sanitasi.  

Minggu lepas, 6 murid di Kota Tinggi disahkan positif kuman itu hasil saringan kontak rapat yang dilaksanakan KKM namun keadaan dilaporkan terkawal.  

KKM sebelum ini memaklumkan kluster Tibi dikesan di daerah terbabit bulan lalu, dengan 33 kes positif dikenal pasti.  

--- 

Pindaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada Jun atau Julai depan. 

Menteri Dalam Negeri berkata, ia antaranya pengkelasan bagi kesalahan di bawah akta itu, bergantung kepada tahap keseriusan kesalahan. 

Jelas Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, sebagai contoh kerajaan cenderung agar tiada ikat jamin bagi kesalahan yang membawa hukuman penjara yang berat iaitu 20 atau 30 tahun.  

Namun, bagi kesalahan yang hukumannya jauh lebih ringan, penentuan sama ada ikat jamin atau tidak boleh dilakukan majistret atau dicadangkan Timbalan Pendakwa Raya. 

KDN juga bercadang mengadakan satu mahkamah khas bagi kes SOSMA disebabkan prosidingnya yang ambil masa terlalu lama. 

Dalam perkembangan lain, pemberian kewarganegaraan automatik kepada anak lahir di luar negara oleh ibu warga Malaysia yang berkahwin dengan pasangan bukan rakyat negara ini, dijangka berkuat kuasa pada 1 Jun.  

Ujar Menteri Dalam Negeri, pihaknya kini berada pada peringkat akhir memuktamadkan perkara itu bagi membolehkan sistem dalam talian sebagai sistem pra-pendaftaran digunapakai. 

---  

Perdana Menteri gesa semua kerajaan negeri mematuhi ketetapan Kerajaan Persekutuan berhubung pembinaan rumah ibadat secara tidak sah.  

Tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim, walaupun prinsip tolak ansur mempunyai kebaikan tersendiri, ia tidak boleh diteruskan tanpa batas sehingga jejas kedaulatan undang-undang.  

--- 

Kampung Angkat MADANI merupakan inisiatif kerajaan untuk membangunkan kawasan desa. 

KAM bertujuan merapatkan jurang pembangunan bandar-luar bandar, meningkatkan infrastruktur asas serta memperkasa ekonomi penduduk melalui projek fizikal dan bukan fizikal. 

Dana RM100 juta diperuntukkan bagi 43 buah kampung pada 2024 dan diperluaskan kepada 219 kampung dengan peruntukan RM200 ringgit pada 2025. 


Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm
 

Weather

 

 

Leaderboard 970x90 Leaderboard 728x90 Leaderboard 320x50
Ads With Us Ads With Us Ads With Us