← Back to list
Tahun Baharu Cina: 12,600 tiket tambahan ETS dijual mulai esok - Loke
Feb 10, 2026
KTMB menawarkan 12,600 tiket tambahan bagi ETS sektor dua hala KL Sentral-JB Sentral yang akan dijual bermula tengah malam esok.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata inisiatif itu dilaksanakan bagi menampung permintaan tinggi sempena perayaan Tahun Baharu Cina.
Tambahnya, KTMB turut memperkenalkan perkhidmatan inovatif 'EMU Plus' buat kali pertama bagi laluan dua hala KL Sentral-Ipoh dengan lebih 7,000 tempat duduk tambahan.
__
KPDN akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan sempena Tahun Baharu Cina berkuat kuasa 13 hingga 21 Februari ini.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata pelaksanaan skim itu bertujuan untuk memastikan keseimbangan harga barangan keperluan serta melindungi kepentingan pengguna dan peniaga.
Sebanyak 16 barangan dikenal pasti untuk dikawal di bawah skim berkenaan bagi Sarawak,
15 barangan di Semenanjung Malaysia dan Sabah manakala 14 barangan lagi di Wilayah Persekutuan Labuan.
__
Dan, kerajaan Selangor menyambut baik inisiatif untuk beri lesen pengimportan daging babi bagi menampung keperluan penduduk bukan Islam.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata susulan ketegasan Sultan Selangor yang tidak berkenan aktiviti penternakan babi di mana-mana daerah.
Terdahulu, Sultan Selangor bertitah pemberian lesen import daging babi bukan sahaja dapat menyelesaikan isu penternakan haiwan berkenaan, malah membolehkan tanah sedia ada dimanfaatkan untuk tujuan pembangunan dan penempatan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather