← Back to list
Kebenaran majlis kenduri kahwin PKPP diketahui Rabu
Jun 22, 2020
Kebenaran majlis kenduri kahwin PKPP diketahui Rabu
Foto - Bernama
Keputusan sama ada kerajaan membenarkan majlis kenduri kahwin diadakan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dijangka diketahui Rabu ini.
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara tersebut akan dibincangkan secara terperinci dalam mesyuarat khas bersama MKN.
Katanya, perbincangan bukan sahaja dari segi kebenaran tetapi dari segi SOP termasuk jumlah kehadiran, sama ada setakat 250 orang atau mungkin lebih lagi.
-----
15 kes baru COVID-19
Foto - Malay Mail
Sejumlah 15 kes baru positif COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes aktif dan kebolehjangkitan COVID-19 dalam negara sebanyak 289 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dengan pertambahan kes baharu itu ia menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 8,587 kes.
Katanya, daripada jumlah kes baharu yang dilaporkan dua adalah kes import manakala 13 lagi penularan tempatan tidak melibatkan warganegara Malaysia.
-----
Perniagaan di Pahang dibenar beroperasi sehingga 12 tengah malam
Foto - Blogspot
Pahang benarkan semua jenis perniagaan di negeri itu dibenarkan beroperasi sehingga 12 tengah malam, berkuat kuasa serta-merta, tertakluk kepada SOP pencegahan Covid-19.
Kerajaan negeri juga bersetuju mana-mana syarat yang tidak dinyatakan secara khusus dalam SOP negeri, tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan MKN dan Kerajaan Persekutuan akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
Justeru, semua pihak diingatkan agar mematuhi SOP yang ditetapkan manakala pemantauan dan penguatkuasaan akan terus dilaksana polis serta agensi penguat kuasa lain.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather