← Back to list
PM Ucap Tahniah
Jul 03, 2020
PM Ucap Tahniah
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada petugas barisan hadapan!
Ini selepas Malaysia catat hanya 1 kes kelmarin dan semalam pula cuma 3 kes baru.
Beliau turut memuji seluruh rakyat Malaysia atas kerjasama yang sangat baik dalam mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).
Tan Sri Muhyiddin juga mengingatkan kita semua adalah barisan hadapan semasa tampoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini.
Justeru semua perlu terus waspada, ambil langkah pencegahan dan patuh SOP yang ditetapkan.
Aduan Jenayah Siber Melonjak!
Aduan jenayah siber naik lebih 90 peratus semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ini selepas hampir 4,000 aduan dilaporkan kepada Pusat Bantuan Cyber999 sejak 18 Mac lalu.
Antara kes yang dilaporkan ialah gangguan siber, penipuan, pencerobohan dan spam.
Bagi isu penipuan siber ia turut libat penggunaan data peribadi dalam media dan penipuan pinjaman.
Diskaun Bil Elekrik Dilanjut
Berita baik untuk orang ramai , diskaun bil elektrik dilanjutkan sehingga Disember.
Kadar diskaunnya ialah 2 hingga 50 peratus melibatkan lebih 8 juta pengguna domestik.
Ia bertujuan mengurangkan beban orang ramai berikutan kenaikan bil elektrik ekoran PKP.
Foto : Pejabat Perdana Menteri
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather