← Back to list
Orang ramai digalakkan kunjungi pawagam
Jul 04, 2020
Orang ramai digalakkan kunjungi pawagam
Foto - mStar Online
Kerajaan menggalakkan orang ramai kunjungi pawagam dan mematuhi SOP yang ditetapkan bagi merancakkan semula industri perfileman dan hiburan negara.
Pengunjung pula tidak perlu risau memandangkan pihak syarikat panggung wayang sedia mematuhi SOP yang ditetapkan bagi menjaga keselamatan penonton.
Justeru, kedua-dua pihak iaitu pihak syarikat panggung wayang dinasihatkan menyediakan SOP yang ketat dan penonton pula harus mengawal diri dan mengikut SOP ditetapkan.
-----
Cukai jalan bantu kos selenggara jalan?
Foto - MyNewsHub
Kementerian Kerja Raya mencadangkan supaya peratusan tertentu daripada cukai jalan dimasukkan ke dalam akaun amanah untuk tujuan penyelenggaraan jalan persekutuan di selurh negara.
Ia merupakan antara cadangan yang diketengahkan melalui rundingan bersama Kementerian Pengangkutan bagi menyelesaikan masalah berkenaan yang disebabkan kenderaan lebih muatan.
Lagi pun menurut kementerian itu, peruntukan penyelenggaraan jalan sedia ada yang diterima daripada kumpulan wang disatukan adalah tidak mencukupi.
-----
Sekolah, madrasah tahfiz sasaran saraingan COVID-19
Foto - The Star
Kementerian Kesihatan Malaysia akan menjalankan saringan COVID-19 terhadap semua sekolah dan madrasah tahfiz di negara ini, tidak kira sama ada ia berdaftar atau tidak.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia berikutan institusi terbabit sememangnya antara sasaran untuk saringan pengesanan COVID-19 dijalankan.
Namun, KKM mengalu-alukan sekolah dan madrasah ini untuk mendaftarkan institusi masing-masing dan pihaknya akan menjalankan saringan secara berperingkat-peringkat.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather