← Back to list
Hukuman lebih berat menanti pemandu mabuk
Jul 15, 2020
Hukuman lebih berat menanti pemandu mabuk
Foto - The Sun Daily
Pemandu mabuk boleh berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda sehingga RM150,000 jika pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) diluluskan Dewan Rakyat.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, mereka yang disabitkan dengan kesalahan juga boleh digantung lesen memandu sehingga 20 tahun.
Selain itu, kerajaan juga sedia menurunkan had kandungan alkohol dibenarkan ketika memandu mengikut ketetapan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
-----
Kes aktif COVID-19 bertambah
Foto - The Star
Lima kes baru positif COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia sebanyak 8,734 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan meningkat kepada 86 kes.
Sehingga jam 12 tengah hari, hanya dua kes pulih dicatatkan manakala tiada pertambahan kes kematian dengan jumlah korban keseluruhan kekal 122.
-----
Adam Corrie jadi duta MAIWP
Foto - Berita Harian
Adam Corrie Lee Abdullah dilantik sebagai duta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan ketua ikon program Jom Celik Al-Quran hasil kerjasama MAIWP dengan Institut Pengajian al-Quran (IPaQ).
Pelakon itu yang terkejut dengan pelantikan tersebut menyifatkan ia adalah tanggungjawab besar buatnya dan dia akan memegang amanah itu sebaik mungkin.
Selain Corrie, beberapa artis turut dipilih sebagai ikon program Jom Celik al-Quran antaranya Heliza Helmi, Hazwani Afiqah, Lisdawati, Zila Bakarin dan Ustaz Rushdi Al-Jauhari.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather