← Back to list
Kes aktif naik, dua kluster baru dikesan
Jul 22, 2020
Kes aktif naik, dua kluster baru dikesan
Foto - MSN
Kes aktif COVID-19 dalam negara terus meningkat kepada 142 hari ini, apabila 16 lagi kes baru dilaporkan termasuk lapan penularan tempatan.
Dua kluster baru turut dikesan iaitu Kluster Hyde Park membabitkan sebuah kapal di Pelabuhan Klang dan Kluster PUI Melbourne.
Menurut Kementerian Kesihatan, empat kes pulih dan discaj manakala jumlah korban kekal 123 setakat ini.
-----
Pewartaan pemakaian pelitup separuh muka di peringkat akhir
Foto - Berita Harian
Kerajaan kini dalam proses akhir sebelum mewartakan arahan pemakaian pelitup separuh muka di tempat-tempat awam.
Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, pihak berkuasa sedang berbincang bagi menetapkan tarikh pewartaan itu yang dijangka tidak lama lagi.
Tambahnya, perincian mengenai perkara itu akan diumumkan apabila peraturan berkaitan dimuktamadkan kerajaan.
-----
Jarak sosial jemaah Solat Jumaat kekal
Foto - Sehinggit
Jabatan Perdana Menteri berkata, penjarakan sosial antara jemaah dalam solat Jumaat akan dikekalkan buat masa ini.
Perkara itu dilaksanakan dengan mengambil kira pandangan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan berikutan penularan wabak COVID-19.
Pihaknya dalam pada itu telah mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan ibadah korban menjelang sambutan Aidiladha, Jumaat depan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather