← Back to list
Wajib pakai pelitup separuh muka mulai 1 Ogos
Jul 23, 2020
Wajib pakai pelitup separuh muka mulai 1 Ogos
Foto - Bernama
Bermula 1 Ogos 2020, orang ramai diwajib memakai pelitup separuh muka dalam pengangkutan awam seperti bas, LRT dan MRT serta di kawasan-kawasan sesak seperti pasar dan pasar tani.
Menteri Kanan (Keselamatan) Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini termasuklah pelitup muka buatan sendiri namun perlu ikut spesifikasi ditetapkan kementerian kesihatan
Orang ramai yang boleh didenda RM1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) sekiranya gagal mematuhi peraturan terbaru itu.
-----
Harga siling, borong pelitup separuh muka diturunkan
Foto - Sinar Harian
Harga siling pelitup separuh muka akan diturunkan kepada RM1.20 seunit daripada RM1.50 bermula 15 Ogos, kata
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata, harga borong bahan itu yang ketika ini RM1.45 seunit juga akan diturunkan kepada RM1.15 bermula pada tarikh sama.
Penurunan harga itu katanya, selaras dengan langkah kerajaan untuk menimbangkan keperluan mewajibkan pemakaian pelitup separuh muka di tempat awam.
-----
29 Ogos tarikh PRK DUN Slim
Foto - Google Street View
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N58 Slim, Perak diadakan pada 29 Ogos.
Timbalan Pengerusi SPR Dr Azmi Sharom turut mengumumkan hari penamaan calon pada 15 Ogos, manakala tarikh mengundi awal pada 25 Ogos.
Kerusi DUN Slim kosong selepas penyandangnya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal dunia di Hospital Bentong, Pahang pada 15 Julai lepas akibat serangan jantung.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather